Berdosakah kita?
Dalam kita tidak sedar, kita sentiasa membuat dosa setiap masa. Tetapi pernah atau tidak kita berfikir untuk melunaskan hutang dosa-dosa yang telah dibuat? Apakah caranya? Atau kita malu untuk mengakuinya di hadapan Allah? Mengaku sajalah yang kita semamangnya banyak dosa berbanding pahala yang telah kita kumpul. Adakah dunia masih akan sama walaupun sudah beribu tahun bertahan? Dunia juga sama dengan kita, juga dimamah usia. Jadi tidak mustahil dunia juga akan kehausan. Dunia juga akan musnah. Sepertimana kita akan makin berusia dan bakal menjadi penghuni tanah bukan lagi di rumah yang gah dan mewah. Kita leka mencari di mana kebahagiaan dunia sampai kita lupa bahagia hakiki adalah akhirat. Begitu juga dengan kekayaan akhirat lebih kekal. Sampai bila kita nak terus alpa dengan nafsu dunia? Bangkitlah anak-anak Adam untuk sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara. Bersujudlah kepadaNya, memohonlah keampunan kepadaNya, sepertimana Dia telah memberi kepadamu kebahagian dan ke...