Berdosakah kita?

Dalam kita tidak sedar, kita sentiasa membuat dosa setiap masa. Tetapi pernah atau tidak kita berfikir untuk melunaskan hutang dosa-dosa yang telah dibuat? Apakah caranya? Atau kita malu untuk mengakuinya di hadapan Allah? Mengaku sajalah yang kita semamangnya banyak dosa berbanding pahala yang telah kita kumpul. Adakah dunia masih akan sama walaupun sudah beribu tahun bertahan? Dunia juga sama dengan kita, juga dimamah usia. Jadi tidak mustahil dunia juga akan kehausan. Dunia juga akan musnah. Sepertimana kita akan makin berusia dan bakal menjadi penghuni tanah bukan lagi di rumah yang gah dan mewah. 

Kita leka mencari di mana kebahagiaan dunia sampai kita lupa bahagia hakiki adalah akhirat. Begitu juga dengan kekayaan akhirat lebih kekal. Sampai bila kita nak terus alpa dengan nafsu dunia? Bangkitlah anak-anak Adam untuk sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Bersujudlah kepadaNya, memohonlah keampunan kepadaNya, sepertimana Dia telah memberi kepadamu kebahagian dan kekayaan dunia selama ini. Bermulalah dengan sedekahkan AlFatehah kepada diri sendiri, 2 rakaat solat sunat taubat serta 2 rakaat solat sunat hajat dan diakhiri dengan bacaan Yaasiin. Percayalah kau akan peroleh ketenangan yang luar biasa. Dunia ini dirasakan seakan begitu luas sehingga kau tidak mampu untuk menakluki, kekayaan yang tidak mampu kau uruskan dan yang paling penting hubungan antara Allah hanyalah titisan air mata yang begitu ikhlas kau alirkan untuk Dia. 

Kembalilah ke pangkal jalan sebagaimana Allah membenarkan engkau untuk hidup dan menikmati dunia dia. 

Sekian, terima kasih.. Assalamualaikum WBT..   

Comments

Popular Posts